Angkasawan Malaysia

Memori bersama Shawal

Tuesday, October 30, 2007

HAPPY BIRTHDAY EYLA

Assalamualaikum..semua,isnin lalu birthday kwn ezie iaitu Eyla geng2 kebawal...so kitaorg dah plan nk bg kezutan utk dia,maka k'seri,k'sab,atie n ezie plan nk sambut mlm tu kt Alamanda.Geng kitaorg sorang lagi Si Hanne x dpt join cz masih kt kg,kahwin akaknya.So pagi2 lagi k'sab dah sms ezie bgtau utk sambut mlm tu...mulanya ezie x dpt pegi cz ada hal..tp mujurlah hal mlm tu cancel lak..maka on ajelah.


Ketua plan ni Seri laa.Dalam pkl 7.30 ezie n k'sab gerak menuju ke Alamanda,sementara tu singgah abik akak ezie chik tie jap kt Serdang,mlm tu ezie paksa dia join sekali..lgpon kebetulan dia nk shopping kt Alamanda tu.On the way ke sana atie call ezie bgtau dia dah pon sampai dah masuk pon kt sceret Resepi..mak aiii mmg tepati mana laa atie ni.




Birthday Girl
Bergambar tepi tasik



Lebih kurang pkl 8.10minit kitaorg sampai,tp time tu birthday girl n k'seri lum sampai lagi.So kitaorg bertiga borak2 laa dulu,sementara cik tie g shopping jap.Lebih kurang 15minit..sampailah birthday girl n k'seri...wish happy birthday kt eyla.Apa lagi masing2 dah lapar,oderlah makanan.Sementara duk menunggu makanan sampai..macam2 topik dibualkan...sambil2 abik gambar.


Ezie dgn makanannya




Sebaik makanan tiba masing2 senyap aje duk mengadam hidangan.Sedapnya..ezie lak ari tu puasa,so mmg lwt laa berbuka.Selesai makan2...duk dlm 10minit kek pon dibwk kuar oleh pekerja2 sceret resepi..siap nyanyi lagi tu..thanks byk2 ya cz sudi sama2 nyanyi dgn kitaorg hehehe.Time kek dikuarkan mmg nmpklah muka eyla tersenyum2 malu..terharu laa tu hehe.



Aksi calik2 kek


Posing dgn birthday girl

Macam2 gelagat yg kitaorg denda birthday girl..sampai eyla pon layan aje apa yg kami suruh...oklah bkn selalu nk kena denda.Sambil2 makan kek tu..k'seri siap rakam lagi ucapan eyla..hehehe mkg akan dimasukan kt youtube.



Sementara menunggu makanan sampai


Ezie n k'seri CSI hehe


Hadiah masing-masing



Bila selesai semuanya....lebih kurang pkl 10.00 kitaorg pon nk bergerak balik...time nk balik ni yg best..siap ada penyampaikan hadiah lagi..hadiahnya disampaikan oleh birthday girl..dimana hadiahnya sepotong kek seorang...hehehehe.Kesimpulannya mlm tu mmg seronok..walaupon kami just berlima..tp meriahnya macam 100org riuh.



Thanks kepada k'seri,k'sab,atie n birthday girl eyla...seronok lepak2 dgn korang,next birthday kita buat lagi ok..pic2 ni ezie credit dr Atie n Eyla thanks.Utk tgk lebih byk pix2 klik aje kt foto-foto ezie kt sebelah tu ok.



Utk Birthday girl Eyla...ini ajelah kezutan yg mampu kitaorg buat...hope eyla happy dgn apa yg telah kita raikan mlm tu.HAPPY BIRTHDAY EYLA CYG.



Inilah barisan kita yg ikhlas berjuang


Bila nk berangkat pulang..kita sempat lagi berhenti utk bergambar kt tepi tasik..igt2 nk mandikan birthday girl dlm tu..tp awal2 lagi dah lari selamatkan diri..hehehe..Oklah sampai sini dulu jumpa lagi byeeeeeeeee

Monday, October 29, 2007

BOWLING ALAMANDA


Haiiii mula2 nk panaskan badan hehe




lontaran dimulakan



Cantik tak bola bowling ezie hehe..

Eyla dgn Bola bowlingnya

Jom dah nk balik dah

Hehehe kaki sapalah yg x berkasut tu ek..

JALAN2 BERHARI RAYA

Helloooooooooo...mai sini kali ni ezie nk citer geng2 kebawal yg dtg berhari raya.Sebenarnya open house umah dino nk wt sabtu lepas..tp memandangkan keadaan tidak mengizinkan...terpaksalah ditunda ketarikh yg akan diberitahu nti haha.Namun memandangkan abg phweit n k'maya yg duk Melaka tu nk dtg beraya umah geng2 kebawal yg kt Kl ni,maka sekaligus singgahlah umah ezie.


So diaorg bgtau nk dtg dlm pkl 4.Maka lebih kurang pkl 12.00 selepas pegi hantar bibik bercuti di Kajang..kitaorg singgah laa kejap nk beli barang2 nk masak skt2 nti.Petang tu pon k'za dah buat nasi minyak...alah nk makan2 family aje.tp k'za wt lebih skt laa.Tp nk dijadikan citer kawan2 anak buah ezie dtg pyalah ramai...semua nasi diserangnya...tgk2 x cukup ni utk kwn2 ezie dtg nti.Ezie pon apa lagi cepat2 g wt mee kungfu..cik tie pon bantu gak.Ezie ni x adalah pandai wt pon klu dah main byk2 kan...setakat skit2 tu blh laa.


Inilah mee yg ku masak hehehe




Inilah tetamu yg hadir ke umah ku



Selesai masak dlm pkl 4.30,time tu k'za dah nk kuar g open house kwn dia..tinggal ezie n cik tie ajelah jaga umah.Tunggu pya tunggu...pyalah lama diaorg ni x sampai2.Kejap tu abg phweit call..ckp mkg lwt skt ko jalan jam teruk..cz diaorg dr umah makcik.So nk wt camna kan tunggu aje.



Dari pkl 4 bawaklah ke pukul 6.30..ezie dr pakai baju kurung terus salin pakai t-shirt aje..dah berapa kali tertido dah.Sampai sejuk makanan yg dihidangkan.Lebih kurang pkl 6.45..maka sampai laa diaorg.Tgk2 ramai jugak yg dlm dlm 9org..ayok n Umi adik shawal pon ada sekali.Mujurlah ezie masak lebih tadi.


Ayok...seluruh umah dia posing hehe..so sweet


Umi posing di umah ku..ala2 model gitu hehe


Makan2 n lepak..sembahyang kt umah ezie sampailah pkl 8.30,ialah x lama pon diaorg duk..cz dh lwt.Tp time nk balik tu Seri ajak g beraya umah dia kt Putrajaya...k'sab nk pegi..ezie pon tumpang sekali.Sampai umah Seri dlm lbh kurang pkl 9.Makan2 minum..sampailah pkl 9.30.
Memandangkan Umah Seri ni dh dekat dgn Alamanda..so apa lagi kitaorg singgah laa kejap utk prektis bowling.Macam2 ragam time main bwoling tu...tp kira oklah semua main..point pon blh tahan..hehehe.


Beraya umah Seri...

Oklah sampai sini laa dulu ya...insyallah kita jumpa lagi byeeeeee jaga diri baik2 semua..Citer raya ni x abis lagi tau..masih byk open house.


kepada abg zahar n k'yatie..ezie nk mintak maaf byk2..cz x dapat pegi umah akak n abg,disebabkan kenduri umah makcik ezie..anaknya kahwin.So terpaksa luangkan byk masa kt sana..so sorry ok.X apalah walaupon bkn open house ezie akan ttp pegi umah akak n abg...nti ezie bgtau bila ok.

Sunday, October 28, 2007

LUAHAN CINTA

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Saya telah menolak awak. Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, saya bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak. Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.



Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu. Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu… Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam.




Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam…. Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati, saya merasakan, bahawa awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta. Dan mungkin takkan pernah dewasa… Atau mungkin juga, awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang… Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya?



Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri? Awak… Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan… Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai sekali… Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap.



Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya… Setiap saat, saya mengingati awak… Seumur hidup ini, saya mencintai awak… Awak… Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya… ‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya… ‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya… ‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…’ Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu…. Seseorang pernah berkata - ‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place…’





Awak… Dengarlah… Saya mencintai awak. Terlalu mencintai awak… Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak… Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang… Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya… Awak… Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya. Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Itu bukanlah harapan saya.



Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik. Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak. Awak… Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak…

Aku merasa ada yang hilang tanpa tahu apa yang sudah aku temukan.Aku merasa menemukan tanpa tahu apa yang aku cari.Dan aku seperti masih mencari tanpa tahu apa yang sudah hilang...... .



Seronokkan baca luahan kata2 ni...but ni bkn luahan ezie...saja nk kongsi dgn semua,supaya kita semua bijak dlm menghargai CINTA.

BERAYA DIRUMAH SHAWAL

Hellooooooo.....minggu lalu makcik menjemput semua geng2 kebawal pegi kerumahnya..saja ada makan2 skt utk jamuan raya.Ezie pegi dgn k'sab sebaik aje abis kerja.Jalan lak jam ari tu..maklumlah org sibuk2 nk balik dr kerja.Sepanjang dalam keta ezie dh mula rasa x sedap badan,cam nk demam aje aku ni.Tapi tahan ajelah.Ezie n k'sab konvoi sekali dgn Seri.eyla,atie n hanne.Kitaorg yg mula2 sekali sampai dlm pkl 8.



Sampai2 aje terus serang makan..hahaha.maklumlah masing perut dh kosong kan.Sedap semuanya makcik masak.Ezie makan bihun sup mmg sedap...dlm kitaorg duk mkn2 tu k'umi n family pon sampai.Wah dah lama x tgk mushi..sian dia demam ari tu..


Antara makanan yg dihidangkan ..makcik masak sendiri tau


Rancak berbual



Semasa duk melepaskan rindu tu..wawa,luv n family pakcik ajami pon sampai Ezie tgk Juan pon ada sekali pakcik ajami yg ajak..n adalah sorang lagi,tp x knl lak sapa,makin sesaklah umah makcik.Malam tu shawal x ada shotting Drama.Kira oklah kitaorg x adalah segan sgt.Rumah makcik pon dah berwajah baru skg...dh dicat dgn warna biru,perabut pon dah bertukar..hehe..hadiah raya dr shawal ke makcik...hehe.
Lebih kurang pukul 10.00 kitaorg dah nk gerak balik,lagipon badan ezie semakin x tahan ni,maigrin ezie nk x tertahan lagi bagai nk pecah kepala.Tp bila ckp aje nk balik...masing2 kena tahan..tambah2 makcik x bg balik dulu.Pakcik lak call shawal bgtau yg shawal otw balik ke umah.So nak x nak terpaksalah tunggu kejap.Maka sisi bergosip diteruskan lagi.Macam2 citer laa yg berlaku.



3 dara 1 isteri org..yg mana ek?hahaha




kenangan bersama



Masa masing2 duk riuh berbula,tiba2 shawal muncul,shawal pon salam laa dgn semua yg ada ari tu.Nmpk sgt muka shawal muka penat.Kehulu kehilir shawal nk cari tempay duduk cz umah dia dah dipenuhi dgn budak2 kebawal hahaha.Alih2 dia duk laa kt muka pintu bilik...sebelah aje dgn ezie..chewah.Time masing2 bual2 sama sendiri aje..x berckp pon dgn dia..ialah sian penat.Dari pkl 10 td bwk laa ke pkl 11..kali ni mmg dah kena gerak dah..nti lwt lak sampai umah..bising akak aku nti.



Ezie bersama shawal...dibulan Syawal hehe

Bergambar dgn gmbr Shawal



Time nk abik makan
Sempat laa bual2 jap dgn shawal...tp ezie malas lak nk bercerita...alah x apa yg menarik pon.So inilah ajelah...korang tgk laa gambar2 yg ezie tampek ni.Klu nk tgk lebih byk lagi..klik aje kt sebelah tu kt foto-foto ezie.




Amboii suap menyuap




Wawa..ezie n eyla..3 sekawan

Ezie nk ucapkan time kasih byk buat shawal 1 family cz sudi jemput kitaorg dtg mkn2 n beraya..hehehe.Thank u so much.
Oklah hingga jumpa lagi..kali ni sorrylah ek malas nk mengarang panjang.Byeeeeeeeeee

Thursday, October 25, 2007

KEBAWAL BERBUKA PUASA DI KLANG

Selesai aje Marhaban....destinasi yang dicari adalah kedai makan...kerna waktu berbuka puasa dah hampir,yang jadi halnya tempat makan pyalah jauh mak oii..nmpknya susah bebenor nak cari kedai mkn kt kawasan klang ni..opss jgn marah ek org Klang si Aqua tu hehe.Follow pya follow sampailah.Waktu berbuka pon dah masuk..tp sian kitaorg restoran laa penuh..dgn org..so nak tak nk terpaksalah kitaorg menunggu giliran.


So sambil2 menunggu tu..kitaorg g lepak jap beli minuman kt 7-Eleven,minumlah kt luar tu,adoii ezie tgk masing2 muka kesian aje apa taknya berbuka ditepi kaki lima hahaha..oklah tu kiranya 1 pengalaman baru kan.

Time makan senyap semuanya



Muka sedih berbuka dikaki lima hehe



Sementaran menunggu giliran kitaorg nk masuk restoran tu,diaorg yg lain pegilah sembahyang maghrib..ezie yg x berpuasa ari tu..tunggu ajelah kt situ.Lebih kurang pkl 8.00 barulah kitaorg dapat makan.Semuanya dalam kelaparan..masa makan senyap aje hehehe....tp abis makan mulut masing2 x berhenti bercakap...


Sebaik selesai Marhaban




Muka kekenyangan
Biasalah time makan..sempat lagi kitaorg bergambar..bkn apa saja utk kenangan kan.Mamarazi kebawal eyla sentiasa dgn cameranya...snap pix2 yg dia rasa nk abik..makanan atas meja pon dia abik..mmg layak digelar mamarazi eyla ni...hehe.
Semasa duk makan tu k'tre datang 1 family dia..tp asben dia duk dlm keta aje..k'tre ckp asben dia malu nk turun...hehe.Lepas makan kitaorg sambung lagi citer borak2.Time 2 gak k'umi sempat bagi cd masa berbuka puasa kt umah dia ari tu..utk kitaorg.


Muka kelaparan ttp senyum hehe




Masa main hujan


Lebih kurang pukul 9.30 kitaorg dah nk gerak balik..maklumlah klang ni jauh gak.Time tu hujan turun pyalah lebat.So kitaorg salam2 bermaafan cz lps tu masing2 dah nk balik kampung.Inilah last kitaorg berbuka puasa bersama utk Ramadhan tahun ni..insyallah klu ada rezeki panjang umur Ramadhan akan datang kita akan berpeluang lagi.
So ini ajelah yang ezie nk citerkan....sedihnya rasanya Ramadhan dan pon berakhir.Tahun depan kalau diizinkan Allah..kita akan menyambutnya lagi.Selepas ni ezie akan kongsi citer time2 raya lak ya.....kita jumpa lagi..muahhhhhhhhhh

Nak lauk yg tu..

Wednesday, October 24, 2007

MARHABAN YA MARHABAN



Bulan Ramadhan yang lepas ezie juga berkesempatan menghadiri Marhaban yang astro jalankan dimerata2 negeri.Artis2 kebanyakkan terdiri dari bintang2 af.Sebenarnya plan asal bknnya nk g tgk marhaban,tapi nk g shopping raya...tapi dah alang2 shopping ditempat yg berdekatan..apa salahnya pegilah kan.Kali ni ezie pegi dgn k'umi n family.Marhaban yg ezie pegi kt Klang.



Shawal sedang nyanyi





Mawi menghayati lagu






Awal2 pagi ezie pegila shopping dgn k'umi dulu..sambil2 ezie shopping utk ezie..sekaligus temankan k'umi pegi cari baju raya.K'umi belum beli baju raya lagi...maklumlah bz mengalahkan artis kan..hehe.Dalam duk shopping tu jumpa laa geng2 kebawal..so apa lagi terus shopping sama,sementara menunggu marhaban yg akan bermula pkl 2.






Dalam shopping tu ezie sempatlah beli kasut utk beraya nti.K'maya,aqua n lind pon sama masing2 beli kasut raya.Masa tu gak jumpalah makcik n pakcik dah dtg rupanya diaorg..borak2lah jap.Tepat jam 2 kitaorg dah sedia kt depan..mula2 tu malu gak nk duk depan..ialah nmpk sgt muka2 over kan.Tp nk undur ke belakang dah x blh cz marhaban dah nk mula.Lagipon biarlah ezie nk tgk mawi puas2..hehe..tgk dr dekat baru puas hati kan.




Al-Jannah






Nak Salam..senyuman yg dirindui






Sepanjang marhaban mmg best..puas hati dgn semua persembahan artis2 yg wt persembahan ari tu.Antara artis yg terlibat..Anuar Zain Mawi,Shawal,zahid,faizal,Dafi,Aswad,Afiq,Ebi,kumpulan Firdaus,Alam,Fitri,Farish, pompuan..Heliza,Idayu,Farah,Nora,Zila,Akma,Edlin.Mereka menyampaikan lagu2 yg bertemakan ke tuhanan dan jugak lagu2 hari raya.Time Anuar zain menyanyikan lagi Lelaki ini..mmg best giler...Mawi pon x kurang hebatnya...bila berduet dgn Ebi lagu Al-jannah.








Mata ezie x henti2 duk pandang mawi....naperkan kuat sungguh aura mawi ni.Shawal lak ari tu ada jugak menyanyi...tp ramai2.Shawal byk berlakon...sweet aje lakonan dia.Dipendekkan citer Marhaban ni selesai kira pkl 6.Time nk bersurai ni,berlaku laa 1 exsident yg melucukan...bkn apa ni gara2 mawi pya psl.Ezie sempat panggil mawi suruh dia turun pentas utk bersalam..cz artis lain semuanya turun,tp mawi ni org2 astro x bg dia turun cz takut kena serbu,



Shawal nk kena pacong....best lakonan shawal



alah2 sedihnya muka cinta x direstui






Tapi ezie ttp panggil mawi,x sangka lak mawi masih igt muka ini..sekali lagi fc m2m disebut..hehe.Ezie suh aje mawi lompat turun dr pentas..terkejut gak mawi tul2 lompat turun..tp ya allah sebaik mawi lompat turun..diaorg yg duk kt belakang terus meluru kedepan utk bersalam dgn mawi..time tu ezie terpelanting rasanya ke lantai..dasyat giler arr diorang...sampaikan beg ezie disepaknya ke depan,hingga sampai ke kaki zahid,terpaksalah ezie suh zahid abikkan.So jgnkan salam..tgk mawi pon x blh.








Ezie bangun terus g belakang..mujurlah kt sana blh jumpa mawi kejap..tu pon nasib baik x kena marah..ezie rasa inilah kerja giler yg ezie buat.Ingat2 balik mmg malu..lain kali taubat x akan wt lagi.Ezie wt camni pon sbb mawi aje klu artis lain x adanya...hahha.Anuar zain mulanya rasa nk wt camtu gak tp dia terpaksa balik awal...hehehe.Berbunga2 tgk anuar zain nyanyi best siot.


Kisah si penarik beca




Semuanya bersurai....masing2 cari tempat utk berbuka puasa....termasuklah kitaorg,ezie follow aje..maklumlah org x puasakan,sempat lagi tu g beli ari kt KFC cz dahaga yg terlampau..kongsi dgn mushi.Ok ezie sambung citer buka puasa lak ya...saksikan gambar2 ni ok..ezie abik dr eyla..tq eyla.

Tuesday, October 23, 2007

BERBUKA PUASA BERSAMA GENG2 M2M




Geng2 m2m


Assalamualaikum semua...wah lamanya ezie x update blog..maklumlah tuan empunya blog bercuti raya so blog pon bercuti gak laa..hehe.Skg ni ezie demam..tp dlm demam2 ni nk jugak ezie update blog cz dah terlampau rindu sgt2.


Oklah ezie x nk citer panjang lebar...dlm bulan puasa yg lalu ezie sempatlah berbuka puasa beramai2 bersama geng2 m2m.Sebenarnya ezie dah lama sgt x kumpul dgn diaorg semua,so kali ni ezie camna pon kena join gak,mujur time tu x ada apa2 hal kan.

Sesudah makan
Ezie macam biasalah abg zahar n k'yatie yg selalu jemput ezie...sememangnya ezie ni dah terlalu byk terhutang budi dgn diaorg..ialah selalu abik dan hantar...syg abg n akak.Berbuka puasa kali ni diaorg plan wt di Restoran Cerana...kira berdekatan laa jgk dgn umah ezie.


So sampai sana lebih kurang pukul 6 lbh....kt sana kitaorg blh dikatakan sampai serentak laa..maka sempatlah jumpa kt luar borak2 sambil2 berjalan masuk.Seronok sgt dpt jumpa geng2 lama..cam put3 n k'ros.Tp yg lebih terharunya kristal dr Brunei pon sanggup datang utk berbuka puasa bersama2..thank u so much kristal.


Posing muka2 comel hehe


Sisi perbualan dimulakan

Sampai waktu berbuka...masing2 sibuklah duk mengambil makanan,ezie dgn k'halle mc lak puasa ari tu..so bg laa peluang kt org2 yg berpuasa abik makanan.Ezie lak dlm x puasa tu berselera jugak makan hehe.Sambil makan2 kitaorg borak2lah.





Lebih kurang pukul 8.00 ezie terima sms dr akak..ckp dh tunggu kt Kl central...sbb mlm tu ezie terpaksa balik Rawang.Memang kelam kabut jugaklah ezie ni.Setelah bincang2..abg zahar minta utk hantar ezie balik Rawang..ya allah ezie mmg x sanggup bkn apa mmg dah x nk menyusahkan skt pon..sbb mmg dah selalu ezie duk sshkan abg zahar n akak...mmg ezie jadi segan giler.Tp nak tak nak..abg zahar nk jugak hantar..so ezie dalam terharunya terima pelawaan abg zahar...x tau ezie nk ckp camna.



Ketika nak balik..

Maka perbualan diteruskan...sementara menunggu kedatangan kak miss x n k'zue datang.Lepak pya lepak dibawalah kepukul 10.00. Sementara tu abg zahar sempatlah bahagikan biskut2 yg dioder.Selesai semuanya masing2 dah nk gerak balik...



Ezie bersama kristal....




Terima kasih laa kepada geng2 m2m yang datang ari tu..mmg dah lama x jumpa..so ezie rasa enjoy sgt.Insyallah kita akan berkumpul lagi ok..miss u n luv u all.Terutama kepada abg zahar n k'yatie jutaan terima kasih cz byk berssh pya utk ezie...syg sgt2 kt abg n akak....dan kepada Kristal yg datang dari jauh...ezie mintak maaf klu ada kekurangan dlm layanan yg diberikan..tetapi yg pasti ezie happy sgt2 dpt jumpa kristal...miss u so much.



Oklah ezie stop kt sini dulu ya..jumpa di next story.Semua pix2 ni ezie credit dr abg zahar dan kristal..hehehe...tq byk2. Byeeeeeeee